Tuesday, March 17, 2009

+Salam perkenalan dari kami+


Assalamualaikum.


ini entry pertama dari kami kaunselor muda. sebelum itu mari kita berkenalan dahulu, agar mudah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi siapakah kaunselor muda ini dan kenapa blog ini diwujudkan.

Blog ini sebenarnya diwujudkan atas dasar ingin berkongsi ilmu yang kami ada bersama sahabat-sahabat yang berada di luar sana. Sebelum kami menjadi kaunselor sebenar di sekolah, kami berharap laman maya ini mampu untuk menjadi landasan berkongsi ilmu secara bersama.

Geng kaunselor muda terdiri daripada 5 orang pelajar tahun pertama Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. merupakan 5 sekawan yang amat baik, dan bercita-cita untuk menjadi kaunselor yang berkesan suatu hari nanti. kami ialah :

1. Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil (D20081031913)
2. Mohammad Rafini Bin Mat Razak ( D20081031918)
3. Ataullah Bin Anas (D20081031915)
4. Muhammad Raiyan Bin Muhamad Tarmizi (D20081031927)
5. Muhammad Hafiz Bin Jalil (D20081031928)

Kami juga berterima kasih kepada pensyarah kami, Encik Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip kerana memberi sokongan dan galakan kepada kami berlima untuk membuat blog ini sebagai satu platform untuk kami mendalami dan berkongsi ilmu kepada semua berkaitan dengan ilmu kaunseling secara keseluruhannya.

Kami dari kaunselor muda berharap blog ini mampu memberi manfaat kepada kami dan juga anda semua.

sekian wasaalam.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger