Tuesday, March 17, 2009

+Persediaan menghadapi peperiksaan+

Assalamualaikum semua..

Entri kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

semua sedia maklum, bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM, mungkin tercari-tercari tips dalam persediaan menghadapi peperiksaan. oleh itu kami di pihak kaunselor muda akan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan tips-tips dalam menghadapi peperiksaan.

antara tips yang boleh di ikuti dalam menghadapi peperiksaan ialah:

1. Persediaan fizikal
  • tidur yang cukup, iaitu selama 6-7 jam sehari, kekurangan tidur menyebabkan rasa mengantuk, letih dan dan boleh jatuh sakit.
  • Jaga pemakanan, iaitu memilih makanan yang halal, berkaliti iaitu berzat, bersih dan mempunyai rasa yang enak. ini boleh membantu pelajar dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat.
  • Amalkan riadah, namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan rasa penat pada badan, waktu yang ideal ialah sebanayak 2 atau 3 kali seminggu.
  • Jaga keselematan diri, iaitu mengelakkan daripada belakunya seberang kecederan, bagi memudahkan untuk mengulangkaji pelajaran.

2. Persediaan mental.

  • Elakkan dari mebuat gambaran yang negatif, iaitu menyerah kalah sebelum berjuang, dan berfikir bahawa diri tidak ada harapan lagi untuk berjaya.
  • Jangan merasakan diri belum bersedia, kerana ini akan melemahkan motivasi dan mental diri dalam menghadapi peperiksaan.
  • Berfikiran positif, iaitu pelajar perlu fokus apa yang perlu dilakukan dan ingin dicapai. dan tidak perlu bimbang akan hasil yang akan terjadi. tetapi bersaha bersungguh-sungguh.

3. Persediaan emosi

  • Jangan bertengkar dengan rakan-rakan, ia akan menyebabkan emosi terganggu.
  • Elakkan dari terlibat atau ke dalam 'cinta monyet' agar tidak kecundang di saat2 akhir ingin peperiksaan.
  • Jangan terlalu konfiden 'overconvident' kerana ini akan menganggu emosi anda.

4. Persediaan rohani

  • Sentiasa bermunajat kepada ALLAH.
  • Melakukan solat hajat agar dan pohon agar LLAH tenangkan dan terangkan hati dalam menjawab peperiksaan.
  • Minta kepada Allah agar apa yang dipelajari dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan.
  • Mohon restu dari kedua ibu napa, dan mohon doa dari mereka.
  • banyakkan berzikir dan membaca Al Quran.
  • Jauhi maksiat, kerana ia boleh menggelapkan hati,
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. agar sentiasa diberi kemudahan dalam menjawab peperiksaan.

Sedikit kata-kata untuk renungan bersama :


“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.


“Something is better than nothing”


Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.


“If you can’t see it, you can’t have it”.

Kami dari kaunselor muda mengharapkan perkongsian ilmu pada hari ini mampu untuk di manfaatkan secara bersama oleh kita semua, dan mampu untuk membantu anda semua dalam menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM dengan baik.
sekian, wassalam.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger