Monday, March 23, 2009

Motivasi diri melalui pohon kelapa.


Assalamualaikum semua.
hari ni kauselor muda ingin berbicara berkaitan dengan pokok kelapa.
kaunselor muda rasa semua tahu kan apa itu pokok kelapa.
sebatang pokok yang mempunyai banyak kegunaan dari bahagian akarnya,hinggalah ke bahagian daun nya.
amat bergunakan.?dan memberi manfaat kepada semua..
betul tak?
mesti kamu semua terangguk-angguk setuju kan...?

jom kita sama-sama senaraikan apa falsafah yang ada di sebalik pokok kelapa ye.

1.Sentiasa membawa kebaikan kepada orang lain.
2.Berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
3.Pergi ke mana sahaja orang akan memandang kita sebgai orang yang berilmu pengetahuan.
4.Yakin dan percaya bahawa diri sendiri ada kelebihan untuk mencapai kejayaan.
5.Setiap yang tuhan ciptakan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Oleh itu. falsafah dari pokok kelapa ini kaunselor muda berharapa supaya dapat memberi motivasi kepada diri anda semua agar berusaha dengan lebih keras dan gigih untuk menjadi seperti pokok kelapa agar sentiasa berguna kepada orang lain.

sekian buat kali ini.
jumpa lain kali.

sekian.wassalam.

Wednesday, March 18, 2009

+Ketabahan seorang guru dan pelajar di pedalaman untuk menggapai kejayaan+


video


Assalamualaikum semua..


Kali ni kami dari kaunselor muda ingin berkongsi dengan anda semua tentang video yang telah kami uploadkan tu. video itu mengisahkan bagaimana susah payah pelajar yang hidup di pedalaman ingin pergi menuntu ilmu, dan bagaimana besarnya tanggungjawab seorang guru yang sanggup berkorban demi anak bangsa dalam mendidik anak bangsa nun jauh di pedalaman sana.

Oleh itu kauselor muda ingin anda semu berfikir dan mensyukuri nikmat yang anda semu ada sekarang.. kerana masih ramai yang bersusah payah dalam menuntut ilmu.


kami dari kaunselor muda berharap, video tersebut mampu membakar semangat anda semua untuk terus berusaha dalam menggapai kejayaan dan kecemerlangan.


Disini, kaunselor muda ingin bertanya kepada semua, apakah itu kejayaan bagi diri anda semua?


1.__________________________


2__________________________


kami berharap anda dapat lakukan task ini ya. untuk meningkatkan lagi motivasi dalam diri.


semoga berjaya. wslm.

Tuesday, March 17, 2009

+Persediaan menghadapi peperiksaan+

Assalamualaikum semua..

Entri kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

semua sedia maklum, bagi pelajar yang akan mengambil peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, dan STPM, mungkin tercari-tercari tips dalam persediaan menghadapi peperiksaan. oleh itu kami di pihak kaunselor muda akan menerangkan serba sedikit berkaitan dengan tips-tips dalam menghadapi peperiksaan.

antara tips yang boleh di ikuti dalam menghadapi peperiksaan ialah:

1. Persediaan fizikal
  • tidur yang cukup, iaitu selama 6-7 jam sehari, kekurangan tidur menyebabkan rasa mengantuk, letih dan dan boleh jatuh sakit.
  • Jaga pemakanan, iaitu memilih makanan yang halal, berkaliti iaitu berzat, bersih dan mempunyai rasa yang enak. ini boleh membantu pelajar dalam mengekalkan tubuh badan yang sihat.
  • Amalkan riadah, namun jangan berlebihan sehingga boleh mendatangkan rasa penat pada badan, waktu yang ideal ialah sebanayak 2 atau 3 kali seminggu.
  • Jaga keselematan diri, iaitu mengelakkan daripada belakunya seberang kecederan, bagi memudahkan untuk mengulangkaji pelajaran.

2. Persediaan mental.

  • Elakkan dari mebuat gambaran yang negatif, iaitu menyerah kalah sebelum berjuang, dan berfikir bahawa diri tidak ada harapan lagi untuk berjaya.
  • Jangan merasakan diri belum bersedia, kerana ini akan melemahkan motivasi dan mental diri dalam menghadapi peperiksaan.
  • Berfikiran positif, iaitu pelajar perlu fokus apa yang perlu dilakukan dan ingin dicapai. dan tidak perlu bimbang akan hasil yang akan terjadi. tetapi bersaha bersungguh-sungguh.

3. Persediaan emosi

  • Jangan bertengkar dengan rakan-rakan, ia akan menyebabkan emosi terganggu.
  • Elakkan dari terlibat atau ke dalam 'cinta monyet' agar tidak kecundang di saat2 akhir ingin peperiksaan.
  • Jangan terlalu konfiden 'overconvident' kerana ini akan menganggu emosi anda.

4. Persediaan rohani

  • Sentiasa bermunajat kepada ALLAH.
  • Melakukan solat hajat agar dan pohon agar LLAH tenangkan dan terangkan hati dalam menjawab peperiksaan.
  • Minta kepada Allah agar apa yang dipelajari dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan.
  • Mohon restu dari kedua ibu napa, dan mohon doa dari mereka.
  • banyakkan berzikir dan membaca Al Quran.
  • Jauhi maksiat, kerana ia boleh menggelapkan hati,
  • Banyakkan berdoa kepada Allah. agar sentiasa diberi kemudahan dalam menjawab peperiksaan.

Sedikit kata-kata untuk renungan bersama :


“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.


“Something is better than nothing”


Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.


“If you can’t see it, you can’t have it”.

Kami dari kaunselor muda mengharapkan perkongsian ilmu pada hari ini mampu untuk di manfaatkan secara bersama oleh kita semua, dan mampu untuk membantu anda semua dalam menghadapi peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM dengan baik.
sekian, wassalam.

+Salam perkenalan dari kami+


Assalamualaikum.


ini entry pertama dari kami kaunselor muda. sebelum itu mari kita berkenalan dahulu, agar mudah untuk mengenali dengan lebih dekat lagi siapakah kaunselor muda ini dan kenapa blog ini diwujudkan.

Blog ini sebenarnya diwujudkan atas dasar ingin berkongsi ilmu yang kami ada bersama sahabat-sahabat yang berada di luar sana. Sebelum kami menjadi kaunselor sebenar di sekolah, kami berharap laman maya ini mampu untuk menjadi landasan berkongsi ilmu secara bersama.

Geng kaunselor muda terdiri daripada 5 orang pelajar tahun pertama Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Pendidikan Sultan Idris. merupakan 5 sekawan yang amat baik, dan bercita-cita untuk menjadi kaunselor yang berkesan suatu hari nanti. kami ialah :

1. Muhammad Abu Handhalah Bin Kamil (D20081031913)
2. Mohammad Rafini Bin Mat Razak ( D20081031918)
3. Ataullah Bin Anas (D20081031915)
4. Muhammad Raiyan Bin Muhamad Tarmizi (D20081031927)
5. Muhammad Hafiz Bin Jalil (D20081031928)

Kami juga berterima kasih kepada pensyarah kami, Encik Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip kerana memberi sokongan dan galakan kepada kami berlima untuk membuat blog ini sebagai satu platform untuk kami mendalami dan berkongsi ilmu kepada semua berkaitan dengan ilmu kaunseling secara keseluruhannya.

Kami dari kaunselor muda berharap blog ini mampu memberi manfaat kepada kami dan juga anda semua.

sekian wasaalam.


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Real Estate. Powered by Blogger